Friday, 22 January 2016

Orang hiking berKASUT sukan, aku tawan puncak gunung berr...WEDGES!


[Ni gambar bukti untuk tajuk entri aku, aku tawan puncak gunung dengan memakai wedges]


Sedar tak sedar aku dah last sem kat UUM ni, dah hampir penghujung sem tapi tesis tak siap lagi, alamak! Member-member semua dah habis praktikal, aku masih kat sini sebab extend 1 sem selepas lahirkan umaira. Kesibukan menghadiri kelas, menyiapkan thesis & driving class tidak menjadi penghalang untuk aku membusykan diri tengok Running Man, nasib baik dalam thesis & assignment aku takda nama Song Jihyo, Gary, Yoo Jaesuk, dll.

Tempat praktikal pun tak confirm lagi, lepas praktikal pun aku tak fikir nak buat apa lagi. Sama ada nak bekerja atau bisnes je, ilmu bisnes pun aku takda. Kebetulan En. Khairil Akmal yang aku kenal time beliau datang ke UUM untuk bagi ceramah mengenai dunia pekerjaan telah mempelawa aku untuk join business talk pada 19 Disember 2013  di Langkawi. Tak perlu bayar apa-apa, just datang & boleh timba ilmu & berkongsi pendapat dengan individu yang telah berkecipung dalam dunia bisnes.

Wah! Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang, lagi apa peribahasa sesuai yang aku tak masukkan? Korang pandai-pandai sendiri lah listkan peribahasa yang aku tak sebut kat sini. Aku perlu keluar budget perjalanan je, bukan senang orang nak bagi ilmu free tapi takkan aku pergi seorang kan? Member sama batch dah takda, member-member junior yang aku kenal pulak tak minat bisnes-bisnes ni. Finally, aku ajak akak senior master yang buat part time kat Varsity Mall…haha!

Terkejut juga kak Misa tu bila aku pelawa join business talk tu sebab borak tak sampai sehari aku dah ajak ke Langkawi. Tapi sebab minat juga akak tu setuju untuk join aku. Maknanya, selepas kursus keusahawanan yang aku join tahun 2011 dulu, ini merupakan kali kedua aku akan menimba ilmu di Langkawi. Yuhuu!!! Eh! Jap..jap, hujung sem ni kena jilid thesis, paling sikit aku kena buat 2 copy & driving license fee pun kena bayar full sebelum habis sem. What? Aku kena puasa ke untuk kumpul budget, dah la tak sampai seminggu je lagi aku kena ke sana.

Tunggu, punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul. Bulan memang tak timbul tapi idea muncul dalam kepala ni..hehehe! Selepas kira semua duit yang ada & budget untuk bulan depan juga, selepas dipelawa oleh member untuk tidur kat rumah dia di Langkawi aku pun terus inform kat family, aku nak pergi Langkawi hari Jumaat ni. Nasib baik ada member yang asal Langkawi, bila mesej sebab nak info pasal tempat aku nak pergi untuk talk tu, member terus pelawa tidur rumah dia. Alhamdulillah, ada kawan yang boleh membantu.

Jam 8 pagi kiteorang gerak dari UUM, sewa kereta & member kak Misa yang drive ke jeti Kuala Perlis. Nasib baik dapat sewa kereta RM5 sejam sebab hari sabtu ada ramai yang guna kereta sewa, kiteorang sewa 2 jam sebab pergi balik dari UUM ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 90 minit. Minyak isi RM10, kos minyak & sewa kereta tu aku share dengan kak Misa. Sampai kat jeti Kuala Perlis kiteorang terus beli tiket feri jam 9am. Masa ada 15 minit lagi sebelum jam 9 so kiteorang breakfast dengan fast nya.


[ Jeti Kuala Perlis, sebelum naik feri kita posing dulu ]

Depan jeti ni ada deretan kedai makan, hanya perlu lintas jalan so 15 minit tu sempat sangat nak breakfast asalkan korang ambil makanan yang sedia ada contohnya nasi lemak & minuman yang cepat sedia macam teh o. Suasana dalam feri agak bising sebab penumpang yang ada semua datang dengan family & anak-anak, maklum lah hujung tahun & cuti sekolah. Aku hanya berborak dengan kak misa, sekali sekala tu bertegur sapa dengan makcik-makcik yang ikut anak mereka bercuti & akak-akak yang bawa anak bercuti.

Sampai kat jeti Langkawi aku terus call Sya sebab Sya nak datang jemput, aku punya business talk start jam 3 pm hari ni. Sebelum gerak ke Langkawi lagi aku dah tekad nak juga pegi Skycab sebab 1st time aku datang Langkawi dulu tak berpeluang langsung untuk naik Skycab, kak Misa pulak hanya ikut plan aku. Bila Syah tanya je nak ke mana, dengan semangatnya aku jawab ‘Skycab’! hehehe! Perjalanan dari Jeti Langkawi menuju Skycab mengambil masa lebih kurang 30 minit. Skycab atau cable car ni terletak dalam kawasan Oriental Village.

[ Sampai je terus ambil gambaq dulu naa...]

Dalam kawasan Oriental Village ni terdapat banyak gerai jualan pakaian, cenderahati, makanan, dll. Dalam ni juga ada kawasan yang dibina ala-ala Korea gitew! Siap ada poster besar drama paling meletop korea iaitu Winter Sonata. Selain daripada Skycab, anda juga boleh merasai pengalaman Skybridge, Skytrail, Skyglide, Skydome, Sky Adventure Park, 3D Art Museum, 6D Cinemation, F1 Simulator dan Lake Activity.


[ Siri drama korea yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu ]

[walaupun tak dapat pergi korea, acah-acah pergi korea boleh kot..hehe, tudung merah tu Sya]

Skyglide merupakan tarikan terbaru di Oriental Village, Skyglide adalah pengangkutan jenis cabin yang dibina untuk memudahkan pengunjung untuk sampai ke Skybrigde. Sebelum ini pengunjung perlu melalui Skytrail jika ingin ke Skybridge, melalui Skytrail pengunjung akan berasa lebih dekat dengan alam sekitar kerana pengunjung perlu berjalan kaki melalui track yang dikelilingi pokok & hidupan flora sekitar Gunung Mat Cincang. Selain itu, jika ingin merasai pengalaman melalui Skytrail, pengunjung boleh memilih pakej sama ada basic package dimana perjalanan akan bermula dari top station ke middle station yang jaraknya sejauh 900 meter & mengambil masa perjalanan selama 45 minit.

Intermediate package pula bermula dari  base station ke middle station, perjalanan sejauh 1.3 KM dan selama 2 jam 15 minit berjalan kaki. Manakala, extreme package pula bermula dari base station ke middle station ke top station. Bagi yang sukakan cabaran & jenis kaki hiking boleh la cuba extreme package ni. Skytrail ni mengujakan bagi pengunjung yang datang dengan kawan-kawan tapi mungkin sedikit leceh bagi yang datang bawa family especially bagi orang tua & kanak-kanak. Disebabkan itu, pembinaan Skyglide memudahkan pengunjung yang ingin ke Skybridge tapi tak larat nak melalui Skytrail. Wah! Dah bersky-sky ayat aku ni, harap yang baca tak la pening lalat...hihi!

3D museum tu tak payah la aku bagitahu panjang lebar sebab korang mesti lebih tahu, mesti ramai je antara korang yang dah pernah ke muzium macam ni sama ada korang berkunjung di i-city Shah Alam atau nak ambil gambar free boleh pergi ke The Atmosphere, Seri Kembangan. Walaupun ada banyak aktiviti menarik korang boleh buat tapi aku hanya mampu naik Skycab je sebab masa yang terhad & budget yang sangat ciput...hehe! Sya tumpangkan aku tidur rumah dia & offer hantar aku ni pun dah jimat banyak.

Sampai je depan kaunter Skycab tu, mak aih! Ramai benauu orang yang beratur. Alamak! Masa aku dah lah terhad, masa yang ada sebelum business talk aku start lebih kurang 3 jam je. Time aku beli tiket tu, staff kat kaunter tu pesan suruh aku datang beratur lagi ½ jam sebab diorang nak clearkan dulu pengunjung yang beratur kat atas, kalau ramai yang beratur sekarang dah takda ruang kat atas tu. Sementara tunggu tibanya waktu untuk beratur naik skycab, aktiviti yang free & digemari ramai adalah posing depan kamera.

Walaupun belum puas tangkap gambaq, terpaksa juga rush pergi beratur nak naik Skycab. Ada la dalam 30 minit juga kiteorang beratur then baru dapat naik. Sebelum beratur tu staff skycab suruh tangkap gambaq guna kamera depa dulu, nanti korang boleh la beli gambaq tu kalau berminat lah, kalau tak minat tak beli pun takpe. Macam aku memang tak beli la..hehe! Kat atas tu ada dua station tapi aku tak turun kat station pertama, aku direct je station kedua sebab kesuntukan masa beb!

[ Gambar dari dalam Skycab ]

[ Muka aku tak nampak takpe, janji view yang cantik ni korang nampak ]

Kat atas tu ada disediakan kafe iaitu Skybistro bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan dari puncak gunung sambil mengisi perut dengan dengan hidangan yang disediakan. Ada pelbagai menu seperti burger, nasi lemak, dll, aku tak merasa pun makanan kat bistro ni jadi sedap atau tak aku pun tak tahu. Harga pun macam biasa lah pastinya lebih up daripada harga makanan kat bawah, tepuk dada tanya selera. Selain daripada Skybistro, ada juga kiosk kecil yang menjual junkfood, aku memang tak berbelanja apa-apa kat atas ni.


[ Tauke! Pinjam tau topi ni, comel tapi tak beli sebab takda dalam list keperluan ]

Kalau korang teringin nak bawa balik something sebagai kenangan, kat atas ni juga ada dibina kedai menjual pelbagai cenderahati iaitu Skyboutique. Kalau budget ciput je, korang boleh beli postcard & stamp kat kaunter Skyboutique, terus je pos korang punya postcard tu kat Skypos, kotak pos yang merah tu pun hadoo! Aku memang tak sempat lah naa nak berposing kat Skypos tu, dapat tangkap beberapa keping gambaq je kat atas tu. Bila dah turun dari gunung Mat Cincang tu, Sya hantaq kiteorang balik ke pekan kuah sebab My Hotel tempat talk tu kat sana.

Sampai kat hotel tu kiteorang dah lambat 15 minit gitu, buat-buat berani jelah masuk dalam conference room tu sambil tersengih kat sapa-sapa yang perasan kiteorang baru sampai. Sesi talk tu dihadiri oleh pengasas produk Felina iaitu Puan Nadia Felinna bersama suami & pengasas produk Leather Love iaitu Puan Shariffa Nisa. Perkongsian pengalaman, tips & perbincangan sesama ahli dilakukan. Selepas talk tu habis, ada jamuan ringan & semasa jamuan ringan tu aku ambil peluang untuk berborak & minta lebih banyak tips & cadangan daripada puan Felinna & puan Nisa secara personal.


[ Bersama Puan Nisa, pengasas Leather Love ]


[ Bersama Puan Felinna, pengasas produk Felina ]


Keluar je dari hotel tu, dah jam 6.45 pm. Macam sempat lagi kalau nak ke jeti & naik feri last tapi bag dalam kereta Sya, memang kena balik esok lah ni. Aku & kak Misa plan untuk jalan-jalan sekitar pekan kuah & pegi HIG untuk beli cokolat yang dipesan oleh member & untuk diri sendiri. Aku tak beli banyak, janji dapat bagi roomate & jiran-jiran bilik rasa seorang sikit. Selain daripada cokolat, aku beli sepasang selipar rilakkuma sebab dari UUM pagi tadi aku guna wedges, kaki dah sakit…hehe! Lagipun aku membeli selipar ni tanpa ragu sebab memang berkenan sangat.


Oh ya! Aku beli pan kecik untuk goreng telur, saja-saja beli sebagai kenangan..hihi! Nasib baik budget ada lagi untuk esok. Dari pekan kuah aku & kak Misa berjalan kaki ke jeti, kebetulan ada preparation untuk Langkawi Naturally Magikal Festival pada esok hari kat tepi laut. Dah alang-alang nak merasai angin laut, kiteorang boleh cuci mata dengan gerai-gerai jualan yang dibuka di sepanjang tapak pesta. Sekadar cuci mata lah sebab memang takda budget nak beli apa-apa. Sampai kat jeti kiteorang dinner kat KFC je sebab tak tahu sangat dengan tempat tu & risau kalau termasuk kat tempat makan yang mahal.

Dah habis dinner kiteorang terus balik ke rumah Sya. Walaupun niat di hati nak menghabiskan masa lebih lama kat tepi laut tapi rasa tak sedap pulak nak balik lambat sangat sebab menumpang tidur kat rumah orang kan. Sampai kat rumah Sya, dah mandi kiteorang just layan movie & borak-borak. Walaupun tak dapat layan angin laut lama sikit tadi tapi tak sangka dapat nikmati angin laut tu kat ruang tamu Sya...hihihi! Rumah Sya rupanya terletak di tepi laut & atas bukit, kiteorang biarkan je sliding door kat ruang tamu tu terbuka sebab ruang tamu Sya menghadap laut. 

Malam tu tidur memang lena sebab penat merayau kat Pekan Kuah. Pagi-pagi lagi kena bersiap sebab sekarang ni musim cuti sekolah so feri mesti penuh, kalau lambat nanti kena naik feri tengahari atau petang. Niat hati memang nak habiskan masa lebih lama lagi kat Langkawi tapi terkenangkan tesis yang belum siap & kak Misa pun ada tugasan kena siapkan. Maklumlah dah hujung sem, sibuk la sikit sebelum start final exam.


[ Sebelum balik, bergambar kat lama rumah Sya sebagai kenangan ]

Lepas sarapan & bersalaman dengan family Sya, Sya pun hantar kiteorang ke jeti. Kiteorang terus beli tiket feri, jam 9.00 pagi dah naik feri untuk balik ke Kuala Perlis. Kali ini kiteorang dapat seat kat tingkat atas & suasana dalam feri tak riuh macam time pergi ke Langkawi, maybe sebab budak-budak tak ramai. Bila sampai kat jeti Kuala Perlis, member kak Misa yang mula-mula hantar kiteorang dulu juga yang datang ambil kali ni dengan kereta sewa.

Perkara yang tak dijangka berlaku time kiteorang on the way balik UUM, kereta kehabisan minyak sebab member kak Misa expect minyak dalam kereta tu cukup untuk sampai ke UUM. Nasib baik ada pekerja yang buat repair jalan tu tolong beli minyak kat petrol pump. Fuh! Nasib baik, terima kasih semua yang membantu kiteorang. Pengajarannya, kita tak dapat nilai kebaikan budi seseorang berdasarkan paras rupa, pekerjaan mahupun taraf pendidikan jadi berbuat baiklah kepada semua selagi seseorang itu tidak melakukan kejahatan atau perkara yang memudaratkan kita. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..hehehe!


[ Sebelum terlupa, wedges ni la aku guna tawan puncak gunung Mat Cincang, yang pastinya guna Skycab la...hihihi ]

Sampai je kat UUM, rasa penat tapi bersyukur sangat sebab apa yang diplan dimakbulkan, contohnya macam keinginan nak naik Skycab tu. Lagi satu terima kasih kepada En. Kahiril sebab sudi ajak kiteorang yang zero dalam bidang business ni untuk menimba ilmu & berjumpa dengan insan-insan yang dah berjaya dalam perniagaan. Walaupun masa yang ada sangat terhad tapi apa yang diperolehi sangat bermakna & best. Kali pertama & kedua pergi Langkawi ni semua pasal Seminar Keusahawanan & Business Talk, harapnya untuk kali yang ketiga & seterusnya dapat bawa family & dapat bercuti sepuasnya.

Tak lupa, untuk Sya & family, terima kasih sangat-sangat ye sebab sudi tumpangkan kiteorang tidur kat rumah & sudi hantar ke sana ke mari. Bila datang KL harap Sya & family sudilah datang ke teratak kecil ku…Chewah! Helang Langkawi, dah dua kali kita dipertemukan tapi asyik tak menyempat nak tangkap gambar kat mercu tanda Langkawi. Mungkin inilah ‘hint’ yang mengatakan aku harus kembali lagi ke Langkawi…heee!
  

No comments:

Post a Comment

Post Ads (Documentation Required)

Aurora

Aurora bukan lorem ipsum

Like us on Facebook

Popular Post