Pergh! Tajuk entry kali ni macam tajuk berita pulak..kan? Korang sedar tak? Aku baru tersedar sebenarnya… Baru perasan pertengahan tahun 2015 dah makin hampir. Rasa macam baru je Ammar lahir ke dunia ini. Walaupun Ammar dah 5 bulan, tapi parut ceaser tu masih ngilu-ngilu lagi. Ye la, orang kata kalau operation ni walaupun dah bertahun tapi kekadang rasa pedih kat parut tu akan terasa juga.
Tiba-tiba terasa nak pergi bercuti kat
mana-mana, agaknya sebab dah lama sangat terperap kat rumah je. Lagipun,
sebulan duduk kat wad sebelum bersalin. Asyik mengadap dinding je, menatap
kipas di siling, mana tak boring kan?
Nasib baik ada banyak novel yang aku boleh layan masa duduk kat wad tu.
Tambahan pula, sejak Ammar lahir ni dah lama tak bawa Umaira jalan-jalan.
Kesian dia…
Aku pun mulakan sesi meng’google’ tempat-tempat yang menarik. Mula-mula tu aku terasa nak ke
Janda Baik, then aku jumpa satu homestay atas air yang aku berkenan
iaitu Sailor Rest. Tapi, memandangkan
bajet yang tak berapa nak banyak..hehehe… Aku rasa better cari yang dekat-dekat je. Aku teringat yang husband aku pernah bagitahu kat belakang
Zoo Negara tu ada kawasan untuk mandi-manda. Kat situ juga kalau tak silap location shooting untuk filem Nasi
Tangas & ada kolam pancing yang pernah jadi satu location shooting untuk filem Baik Punya Cilok.
Why
not aku & family
ke sana kan memandangkan kawasan ni dah dekat & boleh bawa anak-anak mandi
Sungai. Macam biasa, bila nak bercuti & tidur kat homestay, biasanya kami memilih hari bekerja sebab nak elakkan
sesak. Bila dah sepakat untuk bercuti di Kemensah je, aku pun search la homestay yang ada kat sana. Disebabkan kiteorang pergi ni hari
bekerja, so aku walk in je kat homestay sebab nak tengok sendiri
keadaan homestay sebelum decide nak yang mana satu.
Teratak Angah adalah homestay/chalet pertama yang aku survey, kedudukan chalet
yang terletak sebaris di hadapan sungai tu sangat menarik. Tapi aku tak stay kat Teratak Angah ni sebab takda
tilam disediakan & aku takda bawa toto sebab aku expect semua chalet kat
sini ada kemudahan seperti tilam & selimut. Next chalet, aku pergi ke Warisan Hati Rimba, chalet ni adalah yang terdekat dengan Teratak Angah tu. Bila owner tunjuk bilik kat kiteorang,
kiteorang terus setuju sebab ada tilam, bantal & selimut. Kadar harga pun
boleh tahan, RM80 untuk satu malam. Yang paling penting, kita boleh pilih nak
mandi kat sungai yang terletak di hadapan Chalet
ni atau mandi kat kolam yang disediakan.
[ Di hadapan Warisan Hati Rimba, hubby nga parking kereta ]
Kolam yang ada ni sumber airnya juga adalah air sungai tapi owner bina kolam ni & buat sistem pengairan dari sungai untuk memudahkan pengunjung terutamanya yang bawa anak kecik macam aku. Air sungai yang dialirkan ke kolam ni suam-suam je so kalau nak mandi malam-malam pun ok. Kebetulan, aku dapat chalet yang betul-betul kat tepi kolam ni, kalau keluar bilik & terus terjun dalam kolam pun boleh…hihihi… Lagi satu, untuk family yang bercadang nak buat bbq, jangan pening-pening pasal nak bawa tempat pemanggang tu sebab kat sini setiap chalet ada disediakan tempat untuk bbq. Korang bawa arang & bahan-bahan mentah bbq je taw!
[ Umaira tak sabar-sabar nak mandi, Ammar tunggu esok lah baru mandi kolam ]
Macam aku, untuk dinner memang nak bbq je.
So, perap ayam, sosej & daging burger siap-siap pada malam hari. Disebabkan
Kemensah ni terletak kat Ampang je, kiteorang tak rush pun gerak dari pagi lagi, kiteorang gerak pun dah petang dalam
pukul 4 cam tu. Bagi pengunjung yang ada anak kecik & nak air panas untuk
bancuh susu anak, boleh minta kat owner.
Kalau nak minum air panas macam milo, kopi atau teh ke boleh la order kat owner. Bagi mereka yang check
in awal & nak lunch, jangan
risau kalau takda prepare makanan
sebab kat sini kawasan kampung, ada banyak gerai yang boleh singgah untuk lunch.
Makcik owner
pun ada pesan kat aku, kalau nak makan dia boleh masak tapi kena inform awal-awal. Tapi jenis masakan
yang makcik tu boleh sediakan aku tak tahu lah sebab aku kan dah prepare bahan bbq. Aku dimaklumkan, kalau datang pada hari sabtu & ahad, owner sediakan karaoke untuk pengunjung
berhibur. Nasib baik aku datang hari bekerja sebab memang nak suasana yang
sunyi..hehehe!
Bagi pengunjung yang nak datang mandi je, tak
nak tidur kat sini pun boleh. Satu kepala charge
RM5 kalau nak mandi je, boleh mandi dari pagi sampai petang. Satu chalet charge RM80 & muat untuk 4
orang, ada juga chalet yang lebih
besar bagi mereka yang datang dengan bilangan ahli keluarga yang ramai. Oh ya!
Sebelum terlupa, nak inform kat sini selain daripada mandi sungai, korang boleh
buat aktiviti lain seperti jungle
tracking, ATV, Paint Ball, dll.
Disebabkan ini adalah kali pertama bawa Ammar mandi kolam, kiteorang baru perasan dia memang suka air. Mandi lama-lama dalam kolam tu dia memang suka, excited dia dapat main bola kat air. Nasib baik air kolam tu suam je, bila lapar terus naik & makan bbq…heee…
Sebelum balik tu, aku ada plan ngan husband nak bawa anak-anak pegi zoo. tapi bila aku google harga tiket zoo, rasanya....macam lain kali jelah kiteorang pegi. Macam mahal pulak tiket zoo negara ni...hihihi! Nak tengok panda, harga tiketnya lebih mahal yooo! Kita tengok panda dalam Running Man jelah...heee... Dah siap kemas semua, jom kita balik! Kat rumah nanti, kita plan next holiday pulak...hehehe!
Info bagi mereka yang nak booking chalet kat Warisan Hati Rimba ni, boleh call 011-1558 5341 (Isnin) / 013- 337 6934 (Elly).
Disebabkan ini adalah kali pertama bawa Ammar mandi kolam, kiteorang baru perasan dia memang suka air. Mandi lama-lama dalam kolam tu dia memang suka, excited dia dapat main bola kat air. Nasib baik air kolam tu suam je, bila lapar terus naik & makan bbq…heee…
[ Ammar buat aksi kuak lentang ]
[ ini la chalet kiteorang, kira atas kolam daa ]
Sebelum balik tu, aku ada plan ngan husband nak bawa anak-anak pegi zoo. tapi bila aku google harga tiket zoo, rasanya....macam lain kali jelah kiteorang pegi. Macam mahal pulak tiket zoo negara ni...hihihi! Nak tengok panda, harga tiketnya lebih mahal yooo! Kita tengok panda dalam Running Man jelah...heee... Dah siap kemas semua, jom kita balik! Kat rumah nanti, kita plan next holiday pulak...hehehe!
Info bagi mereka yang nak booking chalet kat Warisan Hati Rimba ni, boleh call 011-1558 5341 (Isnin) / 013- 337 6934 (Elly).





This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete