Saturday, 1 August 2015

Gadis Jepun Sesat di Sawah Padi


Selamat hari raya aidilfitri uols! Dapat banyak duit raya tak? Aku yang dah tua bangka ni dah takde yang nak menghulur duit raya..huwaa! Penghujung raya tahun ni aku & family berpeluang untuk tidur semalam kat homestay yang dikelilingi sawah padi. Cer teka, cer teka… Kedah? Perlis? Hik..hik..hik… Actually dalam Selangor je. Percutian di penghujung raya ni takda lah dirancang sejak awal tahun, tapi disebabkan sebelum masuk Ramadhan hari tu kiteorang berpeluang untuk ambil anak angkat Jepun.

Dah nama pun Jepun, negara yang maju & berteknologi tinggi… of course la kawasan kampung adalah tempat yang sesuai untuk kiteorang bawa anak ni berjalan-jalan & menikmati suasana yang berbeza dari negara asalnya. Lagipun, kiteorang dimaklumkan anak-anak Jepun yang akan jadi anak angkat kiteorang ni menetap di Chiba, Jepun… Antara wilayah yang pesat membangun. Agak excited percutian kali ini sebab selain daripada nak bawa anak Jepun ni menikmati keindahan kampung di Malaysia, sebenarnya aku pun teruja sebab 1st time hokeyy nak stay kat homestay yang dekat sangat dengan sawah padi…hihihi…

Entry ni aku tak nak cerita banyak pasal anak angkat Jepun aku iaitu Amane Yamada, aku nak fokuskan cerita pasal homestay kat sawah padi ni. Bila aku cakap sawah padi ni kat Selangor je, mesti dah ramai yang dapat agak kat mana kan? Ke korang pun tak tahu? Tak pe, aku tulis ni special untuk mereka yang dah tahu & belum tahu.

Aku stay kat homestay Air Manis kat Sungai Besar, asalnya aku nak stay kat homestay Hj. Dorani tapi tarikh yang aku nak tu homestay dah full. Homestay Air Manis & Homestay Hj. Dorani ni dekat-dekat je, kalau tak silap aku homestay Hj. Dorani ni ada yang terletak di tengah Sawah & ada yang di tepi laut, pilihan di tangan anda.

Awal-awal pagi lagi kiteorang dah bersiap-siap, dalam jam 9 selepas sarapan tu kiteorang terus gerak ke Sungai Besar. Sepanjang perjalanan takde cerita menarik yang aku boleh kongsikan di sini tapi bila dah sampai kat Bandar Kuala Selangor tu, mesti lah nak singgah kat Cendol Borhan. Aku perasan ada banyak gerai cendol kat tepi jalan & antara yang famous ialah cendol bakar, tapi Cendol Borhan tetap menjadi pilihan hatiku. Mungkin ada yang pernah cuba Cendol Borhan ni kat cawangan lain macam kat Dengkil tapi aku rasa taste tu lain sikit, kat sini Kuala Selangor ni kira HQ Cendol Borhan.

[ Amane merasai keenakan cendol Borhan & laksa ]

Selepas mengisi perut kat Cendol Borhan, kiteorang terus gerak ke Homestay Sungai Manis. Masuk je kat kawasan kampung yang dikelilingi sawah padi, bukan saja Amane, aku & husband pun terpesona dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Aku dah tak tanya Amane apa yang dia rasa, suka atau tak, surprise atau tak sebab aku betul-betul nak menikmati kedamaian & ketenangan suasana jelapang padi…hahaha…


[ Ini lah homestay tempat kiteorang tidur ]


Homestay ni kecik je tapi Alhamdulillah selesa sangat. Nak tidur kat bawah boleh, nak tidur kat atas pun boleh. Kat tingkat bawah dilengkapi dengan katil, kat tingkat atas pulak disediakan toto. Kiteorang memilih untuk tidur kat tingkat atas & Amane kat bawah sebab nak bagi dia rasa lebih selesa & tingkat bawah tu ada aircond, kat atas pulak ada kipas je. Family yang ada anak kecik, jangan risau kalau nak air panas untuk buat susu sebab ada disediakan heater.


[ Ini lah pemandangan dari bilik tingkat atas ]


Sampai je kat homestay, masing-masing melepaskan lelah perjalanan. Agak jauh terasa perjalanan kali ini, cuaca pun agak terik. Sambil duduk di beranda & menikmati buah-buahan yang kami bawa dari rumah, tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tu dapat la juga mengurangkan kehangatan mentari. Chewah! Lagipun, sambil menikmati pemandangan di beranda tu, telinga kiteorang ni didendangkan dengan lagu-lagu yang berkumandang dari rumah jiran sebab kebetulan hari tu ada kenduri kahwin. Sebelum majlis kahwin tu berakhir, aku sempat bawa Amane ke majlis tu untuk melihat kemeriahan kenduri kahwin orang melayu kat Malaysia ni.


[ Umaira & Amane bergambar di hadapan sebuah homestay ]


Petang tu Amane ada buat surprise untuk kiteorang, apa surprisenya korang kena lah baca kat entry tentang Amane..hehehe! Selepas surprise yang Amane buat untuk kiteorang tu settle, cuaca pun dah redup-redup gitu, kiteorang keluar untuk ambil gambar & tunjuk lebih dekat kat Amane sawah padi yang sebelum ni tengok dari dalam kereta & dari homestay je.


Memandangkan semasa surprisekan kiteorang tadi Amane siap2 pakai Yukata, so, petang tu kiteorang suruh je dia berjalan-jalan kat kawasan kampung tu dengan sepersalinan Yukata tu..hihihi… Semasa ambil gambar kat tepi bendang tu, ada la sesetengah budak-budak kampung yang lalu naik motor terperasan Amane yang guna Yukata & diorang pun akan jerit ‘Aneyong haseyo’…hahaha! Itu korea daa…


[ Padi dah kena tuai la ]


[ Nampak hijau je kan ]


Pada malam hari pulak, tak banyak aktiviti yang kiteorang lakukan. Actually, korang boleh buat bbq di malam hari tapi memandangkan kiteorang memang takda plan langsung untuk bbq, so bahan-bahan tu memang takde sedia. Tapi, untuk mereka yang bercadang untuk berehat & jauh dari kesibukan kota, kat sini memang sunyi bila malam. Amane pulak nampak penat & perlu tidur awal sebab sepanjang dia & kawan-kawan tiba di Malaysia ni, mereka harus ikut jadual yang dah disediakan oleh pihak penganjur, kiteorang pun suruh dia berehat sebab esok hari kiteorang dah kena hantar dia kepada pihak penganjur.


Actually kan, tempat ni dah dekat dengan Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Tapi, Amane & rakan-rakan dah dibawa untuk melihat kelip-kelip oleh pihak penganjur pada hari ketiga diorang sampai kat Malaysia. Aku pulak habiskan masa malam tu dengan berborak pelbagai isu dengan suami kat beranda tingkat atas. Anak-anak pun tidur awal, selalu bila kat rumah lambat je diorang tidur. Macam yang aku cakap tadi, kat sini suasananya sunyi, agaknya tu yang anak-anak pun mengantuk lebih awal daripada biasa.

Menginjak ke tengah malam tu, hujan renyai-renyai then lebat. Aku & husband pun masuk tidur lah sebab boleh basah kuyup kiteorang kat beranda tu. Bila dah hujan tu, sejukkkk kau! Aircond & kipas kiteorang off & berselimut tebal. Ni antara nikmat yang aku sangat-sangat suka. Memang lah sejuk tapi nikmat juga tu sebab kalau kat rumah aku yang dikelilingi bangunan tu kan, kalau hujan lebat pun takde lah rasa sejuk pun, hujan-hujan pun kena on kipas juga…hihihi...

Bila dapat menikmati ketenangan kat kawasan kampung yang dikelilingi sawah padi, ditambah pula dengan nikmat kedinginan malam yang tak dapat dinikmati kalau tidur kat rumah, memang lena lah aku tidur…keh! Keh! Keh! Anak-anak yang memang tak suka pakai selimut walaupun hujan, malam tu diorang tak sedar pun bila aku bentangkan selimut.

Bila subuh menjelma, kiteorang pun bersiap-siap untuk kembali ke pangkal jalan..haha! On the way balik tu, aku ada juga plan untuk singgah kat Bukit Melawati tapi masa tak mengizinkan. Aku hanya sempat tapau cendol bakar je sebab tak tahu bila lagi dapat merasa cendol bakar ori from Kuala Selangor. Oh ya, dah alang-alang sampai kat Sungai Besar ni, sebelum balik tu kami singgah kat gerai yang jual kerepek. Ada macam-macam aneka kerepek yang boleh dibeli kat sini & aku beli banyak-banyak pun untuk Amane bawa balik ke Jepun. Tapi aku lupa plak nak ambil gambar sebab sibuk pilihkan kerepek untuk Amane..heee…

[ Rumah terbuka untuk anak-anak Jepun ]

Esok pagi Amane akan kembali ke Jepun, so, kiteorang kena hantar Amane kepada pihak penganjur hari ini. Apapun, rasa seronok sangat dapat bawa family & Amane bersantai di tengah jelapang padi walaupun dapat tidur semalam je. Harap dapat luangkan masa bersama family kat tempat lain pulak. Oh ya! Ini merupakan percutian kedua untuk tahun 2015, tunggu ye saya update lagi kalau berpeluang berjalan-jalan lagi, yeehak!

Alamak! Serius lupa nak bagi tahu harga homestay tu..hihihi, maaf ye. Satu malam saya tidur kat homestay tu charge RM150. Kalau nak booking boleh hubungi 03-3216 1696 / 016-689 5763, Encik Subani. Lagi satu, on the way kiteorang nak pegi sana tu, kiteorang hampir tersalah homestay sebab bila search homestay sungai besar kat google maps atau waze, akan keluar homestay air manis yang lain & lebih jauh. So, sebagai langkah selamat minta owner homestay untuk share location sebelum gerak.

No comments:

Post a Comment

Post Ads (Documentation Required)

Aurora

Aurora bukan lorem ipsum

Like us on Facebook

Popular Post