Habis je pengajian kat UUM,
Sintok Kedah aku tak menjejakkan kaki kat bumi kedah lagi. Setahun lebih
merindui UUM, saat yang ditunggu menjelma jua, Chewah! Hari Konvokesyen dah tak
terlalu mengujakan bagi aku sebab kawan-kawan sama batch dah konvo tahun lepas, aku terpaksa tangguh konvo sebab
tarikh konvo tahun lepas tu ammar pun lahir ke dunia ini, alhamdulillah!
Tapi, perancangan
berjalan-jalan lebih mengujakan sebab ini adalah kali pertama aku bawa family ke Kedah & bintang-bintang
makin bersinar dengan adanya Umaira & Ammar. Oppsss! Terlebih plak ayat aku
tu. Ikutkan senarai ada beberapa tempat yang aku plan nak pergi termasuklah tempat menarik di Perlis tapi disebabkan
beberapa masalah teknikal yang berlaku, plan
untuk ke Perlis cancel uols! Cek
sedih..huwaa!
Perkara pertama yang kena settlekan bila sampai Kedah mestilah
konvokesyen punya cerita. Cerita pasal konvo tu aku tulis kat entry lain jelah, korang pun macam tak
berminat nak tahu pasal peristiwa konvo aku kan? Kan? Kan? Hari pertama &
kedua kat Kedah hanya diisi dengan ceritera
konvo & sesi berjumpa kawan-kawan. Last
day kat Kedah, kami memulakan misi melawat tempat menarik…jeng…jeng..jeng!
sebelum gerak ke mana-mana, aku sempat keluar lepak dan round2 uum dengan ecah (Roomate sem 1) sebelum pulangkan jubah
konvo.
[ Ini lah Aisyah @ ecah…
pertemuan pertama selepas almost 2
tahun tak berjumpa ]
Tempat persinggahan pertama
adalah Gunung Keriang, Kedah. Perancangan awal, aku nak melawat Gunung Jerai then Gunung Keriang. Memandangkan kiteorang
gerak dari Changloon pun dah masuk tengah hari so kita pegi Gunung Keriang je
lah. Lagipun, keadaan kereta kiteorang tak mengizinkan untuk drive sampai ke puncak Gunung Jerai tu.
Mula-mula tu aku ingat jauh la Gunung Keriang ni tapi sebenarnya dekat je
dengan Jitra. Kalau tak silap Gunung Keriang ni terletak di daerah Kota Setar,
Kedah.
[ Abaikan budak baju kuning
tu, fokus kat Keriang Hill belakang tu je..ok ]
Berhadapan dengan Keriang
Hill ni terletaknya Muzium Padi yang popular di Kedah. Disebabkan persekitaran
Keriang Hill yang tenang & nyaman, aku pun terpesona dengan persekitarannya
sehingga terlupa nak ambil gambar muzium padi tu…ngeh..ngeh..ngeh…sorry naa.
[ Umaira berlari-lari dibawah
dahanan ranting & dedaun yang rimbun ]
Ini antara tempat yang aku
suka kat Keriang Hill ni. Cantik sangat laluan ni, kalau ambil gambar kahwin
kat sini serius cantik sangat. Kiteorang kat Keriang Hill ni dari tengah hari
sampai jam 2 macam tu, walaupun cuaca terik tapi tak terasa pun bahang tu.
Mesti sebab tempat ni dipayungi dengan pohon-pohon merimbun, cuaca jadi
redup-redup gitu. Pergh! Ayat baik punya.
[ “ayah, duck…quek quek quek”
– Umaira ]
Dalam kawasan Keriang Hill ni
juga ada itik, ayam & Angsa. Kalau rasa-rasa nak relax tu, boleh layan hot
coffee & duduk di hadapan tasik sambil tengok angsa & itik
berenang. Kalau diri sendiri nak berenanggg…errmm, kena pegi swimming pool la jawabnya. Selain cafe, Keriang Hill juga dilengkapi
dengan surau, tandas awam, dewan serbaguna. Soal kebersihan jangn risau sebab
surau & tandas awamnya bersih.
Kawasan Keriang Hill ni juga
sesuai untuk mereka yang nak buat kem motivasi @ aktiviti team building sebab dewan yang disediakan cukup besar &
terdapat rumah-rumah kecil yang mungkin dijadikan penginapan. Tapi masa
kiteorang pergi ni kawasan ni sunyi, hanya ada pekerja di kawasan ni saja,
mungkin sebab masa aku pergi ni hari bekerja & tengahari lagi.
[ Menikmati suasana alam
& menghirup segelas hot nescafe ]
Setelah merehatkan diri dan
minda di kawasan Keriang Hill,
kiteorang pun meneruskan perjalanan ke Penang yang mengambil masa lebih kurang
2 jam. Perjalanan ke Penang ditemani dengan rintik-rintik hujan daa...





No comments:
Post a Comment