[Ni gambar bukti untuk tajuk entri aku, aku tawan puncak gunung dengan memakai wedges]
Sedar tak sedar aku dah last sem kat UUM ni, dah hampir penghujung sem tapi tesis tak siap
lagi, alamak! Member-member semua dah
habis praktikal, aku masih kat sini sebab extend
1 sem selepas lahirkan umaira. Kesibukan menghadiri kelas, menyiapkan thesis & driving class tidak menjadi penghalang untuk aku membusykan diri tengok Running Man, nasib
baik dalam thesis & assignment
aku takda nama Song Jihyo, Gary, Yoo Jaesuk, dll.
Tempat praktikal pun tak confirm lagi, lepas praktikal pun aku tak fikir nak buat apa lagi.
Sama ada nak bekerja atau bisnes je, ilmu bisnes pun aku takda. Kebetulan En.
Khairil Akmal yang aku kenal time
beliau datang ke UUM untuk bagi ceramah mengenai dunia pekerjaan telah
mempelawa aku untuk join business talk pada 19 Disember 2013
di Langkawi. Tak perlu bayar apa-apa, just
datang & boleh timba ilmu & berkongsi pendapat dengan individu yang
telah berkecipung dalam dunia bisnes.
Wah! Seperti orang mengantuk disorongkan
bantal, pucuk dicita ulam mendatang, lagi apa peribahasa sesuai yang aku tak
masukkan? Korang pandai-pandai sendiri lah listkan
peribahasa yang aku tak sebut kat sini. Aku perlu keluar budget perjalanan je, bukan senang orang nak bagi ilmu free tapi takkan aku pergi seorang kan? Member sama batch dah takda, member-member
junior yang aku kenal pulak tak minat bisnes-bisnes ni. Finally, aku ajak akak senior master
yang buat part time kat Varsity
Mall…haha!
Terkejut juga kak Misa tu bila aku pelawa join business talk tu sebab borak tak
sampai sehari aku dah ajak ke Langkawi. Tapi sebab minat juga akak tu setuju
untuk join aku. Maknanya, selepas
kursus keusahawanan yang aku join
tahun 2011 dulu, ini merupakan kali kedua aku akan menimba ilmu di Langkawi.
Yuhuu!!! Eh! Jap..jap, hujung sem ni kena jilid thesis, paling sikit aku kena buat 2 copy & driving license fee pun kena bayar full sebelum habis sem. What?
Aku kena puasa ke untuk kumpul budget,
dah la tak sampai seminggu je lagi aku kena ke sana.
Tunggu, punya tunggu punya tunggu, bulan tak
timbul-timbul. Bulan memang tak timbul tapi idea muncul dalam kepala
ni..hehehe! Selepas kira semua duit yang ada & budget untuk bulan depan juga, selepas dipelawa oleh member untuk tidur kat rumah dia di
Langkawi aku pun terus inform kat family, aku nak pergi Langkawi hari
Jumaat ni. Nasib baik ada member yang
asal Langkawi, bila mesej sebab nak info
pasal tempat aku nak pergi untuk talk
tu, member terus pelawa tidur rumah
dia. Alhamdulillah, ada kawan yang boleh membantu.
Jam 8 pagi kiteorang gerak dari UUM, sewa
kereta & member kak Misa yang drive ke jeti Kuala Perlis. Nasib baik
dapat sewa kereta RM5 sejam sebab hari sabtu ada ramai yang guna kereta sewa,
kiteorang sewa 2 jam sebab pergi balik dari UUM ke Kuala Perlis mengambil masa
lebih kurang 90 minit. Minyak isi RM10, kos minyak & sewa kereta tu aku share dengan kak Misa. Sampai kat jeti
Kuala Perlis kiteorang terus beli tiket feri jam 9am. Masa ada 15 minit lagi
sebelum jam 9 so kiteorang breakfast dengan fast nya.
[ Jeti Kuala Perlis, sebelum naik feri kita posing dulu ]
Depan jeti ni ada deretan kedai makan, hanya
perlu lintas jalan so 15 minit tu
sempat sangat nak breakfast asalkan
korang ambil makanan yang sedia ada contohnya nasi lemak & minuman yang
cepat sedia macam teh o. Suasana dalam feri agak bising sebab penumpang yang
ada semua datang dengan family &
anak-anak, maklum lah hujung tahun & cuti sekolah. Aku hanya berborak
dengan kak misa, sekali sekala tu bertegur sapa dengan makcik-makcik yang ikut
anak mereka bercuti & akak-akak yang bawa anak bercuti.
Sampai kat jeti Langkawi aku terus call Sya sebab Sya nak datang jemput,
aku punya business talk start jam 3 pm hari ni. Sebelum gerak ke Langkawi
lagi aku dah tekad nak juga pegi Skycab
sebab 1st time aku datang
Langkawi dulu tak berpeluang langsung untuk naik Skycab, kak Misa pulak hanya ikut plan aku. Bila Syah tanya je nak ke mana, dengan semangatnya aku
jawab ‘Skycab’! hehehe! Perjalanan
dari Jeti Langkawi menuju Skycab
mengambil masa lebih kurang 30 minit. Skycab
atau cable car ni terletak dalam
kawasan Oriental Village.
[ Sampai je terus ambil gambaq dulu naa...]
Dalam kawasan Oriental Village ni terdapat
banyak gerai jualan pakaian, cenderahati, makanan, dll. Dalam ni juga ada kawasan yang dibina ala-ala Korea gitew! Siap ada poster
besar drama paling meletop korea iaitu Winter Sonata. Selain daripada Skycab, anda juga boleh merasai pengalaman
Skybridge, Skytrail, Skyglide, Skydome, Sky
Adventure Park, 3D Art Museum, 6D Cinemation, F1 Simulator dan Lake Activity.
[ Siri drama korea yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu ]
[walaupun tak dapat pergi korea, acah-acah pergi korea boleh kot..hehe, tudung merah tu Sya]
Skyglide
merupakan tarikan terbaru di Oriental Village, Skyglide adalah pengangkutan jenis cabin
yang dibina untuk memudahkan pengunjung untuk sampai ke Skybrigde. Sebelum ini pengunjung perlu melalui Skytrail jika ingin ke Skybridge, melalui Skytrail pengunjung akan berasa lebih dekat dengan alam sekitar
kerana pengunjung perlu berjalan kaki melalui track yang dikelilingi pokok & hidupan flora sekitar Gunung Mat
Cincang. Selain itu, jika ingin merasai pengalaman melalui Skytrail, pengunjung boleh memilih pakej sama ada basic package dimana perjalanan akan
bermula dari top station ke middle station yang jaraknya sejauh 900
meter & mengambil masa perjalanan selama 45 minit.
Intermediate
package pula bermula dari base
station ke middle station,
perjalanan sejauh 1.3 KM dan selama 2 jam 15 minit berjalan kaki. Manakala, extreme package pula bermula dari base station ke middle station ke top station.
Bagi yang sukakan cabaran & jenis kaki hiking
boleh la cuba extreme package ni. Skytrail ni mengujakan bagi pengunjung
yang datang dengan kawan-kawan tapi mungkin sedikit leceh bagi yang datang bawa
family especially bagi orang tua & kanak-kanak. Disebabkan itu,
pembinaan Skyglide memudahkan
pengunjung yang ingin ke Skybridge
tapi tak larat nak melalui Skytrail.
Wah! Dah bersky-sky ayat aku ni, harap
yang baca tak la pening lalat...hihi!
3D
museum tu tak payah la aku bagitahu panjang lebar
sebab korang mesti lebih tahu, mesti ramai je antara korang yang dah pernah ke
muzium macam ni sama ada korang berkunjung di i-city Shah Alam atau nak ambil
gambar free boleh pergi ke The
Atmosphere, Seri Kembangan. Walaupun ada banyak aktiviti menarik korang boleh
buat tapi aku hanya mampu naik Skycab
je sebab masa yang terhad & budget
yang sangat ciput...hehe! Sya tumpangkan aku tidur rumah dia & offer hantar aku ni pun dah jimat
banyak.
Sampai je depan kaunter Skycab tu, mak aih! Ramai benauu orang yang beratur. Alamak! Masa
aku dah lah terhad, masa yang ada sebelum business
talk aku start lebih kurang 3 jam
je. Time aku beli tiket tu, staff kat kaunter tu pesan suruh aku
datang beratur lagi ½ jam sebab diorang nak clearkan dulu pengunjung yang
beratur kat atas, kalau ramai yang beratur sekarang dah takda ruang kat atas
tu. Sementara tunggu tibanya waktu untuk beratur naik skycab, aktiviti yang free
& digemari ramai adalah posing
depan kamera.
Walaupun belum puas tangkap gambaq, terpaksa
juga rush pergi beratur nak naik Skycab. Ada la dalam 30 minit juga
kiteorang beratur then baru dapat
naik. Sebelum beratur tu staff skycab
suruh tangkap gambaq guna kamera depa dulu, nanti korang boleh la beli gambaq
tu kalau berminat lah, kalau tak minat tak beli pun takpe. Macam aku memang tak
beli la..hehe! Kat atas tu ada dua station
tapi aku tak turun kat station
pertama, aku direct je station kedua sebab kesuntukan masa beb!
[ Gambar dari dalam Skycab ]
[ Muka aku tak nampak takpe, janji view yang cantik ni korang nampak ]
Kat atas tu ada disediakan kafe iaitu Skybistro bagi memberi peluang kepada
pengunjung untuk menikmati pemandangan dari puncak gunung sambil mengisi perut
dengan dengan hidangan yang disediakan. Ada pelbagai menu seperti burger, nasi
lemak, dll, aku tak merasa pun makanan kat bistro ni jadi sedap atau tak aku
pun tak tahu. Harga pun macam biasa lah pastinya lebih up daripada harga makanan kat bawah, tepuk dada tanya selera.
Selain daripada Skybistro, ada juga kiosk kecil yang menjual junkfood, aku memang tak berbelanja
apa-apa kat atas ni.
[ Tauke! Pinjam tau topi ni, comel tapi tak beli sebab takda dalam list keperluan ]
Kalau korang teringin nak bawa balik something sebagai kenangan, kat atas ni
juga ada dibina kedai menjual pelbagai cenderahati iaitu Skyboutique. Kalau budget
ciput je, korang boleh beli postcard
& stamp kat kaunter Skyboutique, terus je pos korang punya postcard tu kat Skypos, kotak pos yang merah tu pun hadoo! Aku memang tak sempat
lah naa nak berposing kat Skypos tu,
dapat tangkap beberapa keping gambaq je kat atas tu. Bila dah turun dari gunung
Mat Cincang tu, Sya hantaq kiteorang balik ke pekan kuah sebab My Hotel tempat talk tu kat sana.
Sampai kat hotel tu kiteorang dah lambat 15
minit gitu, buat-buat berani jelah masuk dalam conference room tu sambil tersengih kat sapa-sapa yang perasan
kiteorang baru sampai. Sesi talk tu
dihadiri oleh pengasas produk Felina iaitu Puan Nadia Felinna bersama suami
& pengasas produk Leather Love iaitu Puan Shariffa Nisa. Perkongsian
pengalaman, tips & perbincangan sesama ahli dilakukan. Selepas talk tu habis, ada jamuan ringan &
semasa jamuan ringan tu aku ambil peluang untuk berborak & minta lebih
banyak tips & cadangan daripada
puan Felinna & puan Nisa secara personal.
[ Bersama Puan Nisa, pengasas Leather Love ]
[ Bersama Puan Felinna, pengasas produk Felina ]
Keluar je dari hotel tu, dah
jam 6.45 pm. Macam sempat lagi kalau nak ke jeti & naik feri last tapi bag dalam kereta Sya, memang
kena balik esok lah ni. Aku & kak Misa plan
untuk jalan-jalan sekitar pekan kuah & pegi HIG untuk beli cokolat yang
dipesan oleh member & untuk diri
sendiri. Aku tak beli banyak, janji dapat bagi roomate & jiran-jiran bilik rasa seorang sikit. Selain daripada
cokolat, aku beli sepasang selipar rilakkuma sebab dari UUM pagi tadi aku guna
wedges, kaki dah sakit…hehe! Lagipun aku membeli selipar ni tanpa ragu sebab
memang berkenan sangat.
Oh ya! Aku beli pan kecik untuk goreng telur, saja-saja beli sebagai kenangan..hihi! Nasib baik budget ada lagi untuk esok. Dari pekan kuah aku & kak Misa berjalan kaki ke jeti, kebetulan ada preparation untuk Langkawi Naturally Magikal Festival pada esok hari kat tepi laut. Dah alang-alang nak merasai angin laut, kiteorang boleh cuci mata dengan gerai-gerai jualan yang dibuka di sepanjang tapak pesta. Sekadar cuci mata lah sebab memang takda budget nak beli apa-apa. Sampai kat jeti kiteorang dinner kat KFC je sebab tak tahu sangat dengan tempat tu & risau kalau termasuk kat tempat makan yang mahal.
Dah habis dinner kiteorang terus balik ke rumah Sya. Walaupun niat di hati nak menghabiskan masa lebih lama kat tepi laut tapi rasa tak sedap pulak nak balik lambat sangat sebab menumpang tidur kat rumah orang kan. Sampai kat rumah Sya, dah mandi kiteorang just layan movie & borak-borak. Walaupun tak dapat layan angin laut lama sikit tadi tapi tak sangka dapat nikmati angin laut tu kat ruang tamu Sya...hihihi! Rumah Sya rupanya terletak di tepi laut & atas bukit, kiteorang biarkan je sliding door kat ruang tamu tu terbuka sebab ruang tamu Sya menghadap laut.
Malam tu tidur memang lena sebab penat merayau kat Pekan Kuah. Pagi-pagi lagi kena bersiap sebab sekarang ni musim cuti sekolah so feri mesti penuh, kalau lambat nanti kena naik feri tengahari atau petang. Niat hati memang nak habiskan masa lebih lama lagi kat Langkawi tapi terkenangkan tesis yang belum siap & kak Misa pun ada tugasan kena siapkan. Maklumlah dah hujung sem, sibuk la sikit sebelum start final exam.
Dah habis dinner kiteorang terus balik ke rumah Sya. Walaupun niat di hati nak menghabiskan masa lebih lama kat tepi laut tapi rasa tak sedap pulak nak balik lambat sangat sebab menumpang tidur kat rumah orang kan. Sampai kat rumah Sya, dah mandi kiteorang just layan movie & borak-borak. Walaupun tak dapat layan angin laut lama sikit tadi tapi tak sangka dapat nikmati angin laut tu kat ruang tamu Sya...hihihi! Rumah Sya rupanya terletak di tepi laut & atas bukit, kiteorang biarkan je sliding door kat ruang tamu tu terbuka sebab ruang tamu Sya menghadap laut.
Malam tu tidur memang lena sebab penat merayau kat Pekan Kuah. Pagi-pagi lagi kena bersiap sebab sekarang ni musim cuti sekolah so feri mesti penuh, kalau lambat nanti kena naik feri tengahari atau petang. Niat hati memang nak habiskan masa lebih lama lagi kat Langkawi tapi terkenangkan tesis yang belum siap & kak Misa pun ada tugasan kena siapkan. Maklumlah dah hujung sem, sibuk la sikit sebelum start final exam.
[ Sebelum balik, bergambar kat lama rumah Sya sebagai kenangan ]
Lepas sarapan & bersalaman dengan family Sya, Sya pun hantar kiteorang ke jeti. Kiteorang terus beli tiket feri, jam 9.00 pagi dah naik feri untuk balik ke Kuala Perlis. Kali ini kiteorang dapat seat kat tingkat atas & suasana dalam feri tak riuh macam time pergi ke Langkawi, maybe sebab budak-budak tak ramai. Bila sampai kat jeti Kuala Perlis, member kak Misa yang mula-mula hantar kiteorang dulu juga yang datang ambil kali ni dengan kereta sewa.
Perkara yang tak dijangka berlaku time kiteorang on the way balik UUM, kereta kehabisan minyak sebab member kak Misa expect minyak dalam kereta tu cukup untuk sampai ke UUM. Nasib baik
ada pekerja yang buat repair jalan tu
tolong beli minyak kat petrol pump.
Fuh! Nasib baik, terima kasih semua yang membantu kiteorang. Pengajarannya,
kita tak dapat nilai kebaikan budi seseorang berdasarkan paras rupa, pekerjaan
mahupun taraf pendidikan jadi berbuat baiklah kepada semua selagi seseorang itu
tidak melakukan kejahatan atau perkara yang memudaratkan kita. Peringatan untuk
diri sendiri sebenarnya..hehehe!
[ Sebelum terlupa, wedges ni la aku guna tawan puncak gunung Mat Cincang, yang pastinya guna Skycab la...hihihi ]
Sampai je kat UUM, rasa penat tapi bersyukur
sangat sebab apa yang diplan
dimakbulkan, contohnya macam keinginan nak naik Skycab tu. Lagi satu terima kasih kepada En. Kahiril sebab sudi
ajak kiteorang yang zero dalam bidang business
ni untuk menimba ilmu & berjumpa dengan insan-insan yang dah berjaya dalam
perniagaan. Walaupun masa yang ada sangat terhad tapi apa yang diperolehi
sangat bermakna & best. Kali
pertama & kedua pergi Langkawi ni semua pasal Seminar Keusahawanan & Business Talk, harapnya untuk kali yang
ketiga & seterusnya dapat bawa family
& dapat bercuti sepuasnya.
Tak lupa, untuk Sya & family, terima kasih sangat-sangat ye
sebab sudi tumpangkan kiteorang tidur kat rumah & sudi hantar ke sana ke
mari. Bila datang KL harap Sya & family
sudilah datang ke teratak kecil ku…Chewah! Helang Langkawi, dah dua kali kita
dipertemukan tapi asyik tak menyempat nak tangkap gambar kat mercu tanda
Langkawi. Mungkin inilah ‘hint’ yang
mengatakan aku harus kembali lagi ke Langkawi…heee!











