[ Pantai Chenang, menyaksikan matahari yang kian terbenam disisi sandal purple ku ]
Balik dari kelas je surprise sebab dapat call daripada pihak HEP (Hal Ehwal
Pelajar) UUM yang memaklumkan bahawa aku terpilih untuk mengikuti kursus
keusahawanan yang berlangsung pada 30 Okt & 1 Nov 2011. Ada dua sebab aku perlu teruja, yang pertama sebab aku memang nak
tuntut ilmu keusahawanan & kedua sebab kursus akan berlangsung kat Langkawi
beb! & yang sangat-sangat penting semuanya FOC (Free Of Charge). Bawa duit untuk shopping la sebab yang tu tak masuk dalam budget program ni…hehe!
Seawal 8 pagi bas akan sampai
so sebelum pukul 8 dah kena terpacak
kat bus stop yang telah ditetapkan.
Sampai je kat bus stop, ada ramai je
wajah-wajah yang dikenali akan join trip
ni & yang paling tak jangka my cousin
juga ada. Aku & cousin ni sama
fakulti & sama kolej tapi jarang sangat dapat bertembung bila pergi kelas
walaupun sama fakulti. Kat kolej pun kadang-kadang je terserempak bila beli
makanan, masing-masing sibuk dengan aktiviti sampai tak tahu pun sama-sama
terpilih join trip ni.
Rasa lega sangat sebab ada 2,
3 orang juga coursemate yang join trip ni, takda lah segan sangat.
Perjalanan dari UUM ke Jeti Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 45 minit
hingga sejam, kalau nak cepat sampai duduk kat depan, kalau nak lambat sikit
sampai duduk kat belakang..hahahahah! Sorry,
terover plak gelak, harap korang pun
gelak sama lah ye. Kalau nak pergi ke Langkawi uols boleh naik feri kat Kuala Perlis atau Kuala Kedah, tapi yang
dekat dengan UUM ni Kuala Perlis lah.
[ Gambar yang kiteorang ambil kat jeti Kuala Perlis takda dalam simpanan aku, sumber Google ]
Lagipun, kalau naik feri kat
Kuala Perlis, jarak perjalanan & tempoh masa bertapa dalam feri tu lebih
singkat berbanding dari Kuala Kedah ke Langkawi. Sampai kat jeti Kuala Perlis
kiteorang hanya perlu tunggu kedatangan feri & tiket telah diuruskan oleh staff UUM yang bertugas sebagai
penyelaras Program Keusahawanan ini. Dalam jam 10.00 kiteorang dah boleh naik
atas feri & tunggu jelah feri tu sampai kat Langkawi, perjalanan mengambil
masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Sepanjang perjalanan tu aku just berborak dengan cousin & member-member lain, lupa nak prepare
junkfood…haiyaa!
Bila jeti Langkawi tu dah
jelas kat mata, happy nya rasa. Macam
lambat je feri tu berlabuh, padahal aku yang tak sabar sebenarnya..heee! Dah
jejak kat jeti, sementara tunggu semua member
kursus ambil barang masing-masing aku & geng posing la dulu. Bila semua dah settle,
kiteorang terus naik bas & dibawa ke hotel penginapan iaitu Eagle Bay.
Disebabkan dah nak masuk tengahari, program akan dimulakan selepas Zuhur so dapatlah kami berehat kejap, lunch & solat dulu. Kursus ni pun
dijalankan di dewan hotel ni juga jadi senang lah kiteorang hanya perlu turun
ke tingkat bawah je.
[ Front Desk Hotel, mana pulak akak & abang receptionist ni pergi ]
Satu bilik ditempatkan seramai 4
orang, boleh pilih partner ikut suka.
Kebetulan cousin aku dengan 2 orang
kawan dia so tambah aku seorang cukup
lah 4 orang. Time lunch tu makan
dengan berselera sebab pagi tadi tak sempat breakfast
& makanan yang disediakan pun sedap-sedap. Time kursus berlangsung kiteorang diberi ceramah oleh
pensyarah-pensyarah dari UUM yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan. Aku fokus jelah time ceramah berlangsung, dah dapat peluang timba ilmu free so manfaatkan lah sebaik mungkin,
yer dok? Petang tu kiteorang diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri
memandangkan sesi ceramah akan dijalankan pada malam hari pulak.
[ Sebelum ceramah bermula, Chiyok! rambut pacak tu tepi sikit ]
Kiteorang pun ambil
kesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar, disebabkan nak berjimat so kiteorang berjalan kaki je dari hotel
ke Pekan Kuah & jarak perjalanan sejauh 1.2km & mengambil masa lebih
kurang 15 minit berjalan kaki. Perjalanan kiteorang of course la melebihi 15 minit sebab sesi bergambar sepanjang
jalan..hahaha! tempat pertama yang dituju mesti lah kedai cokolat Haji Ismail
Group (HIG). Sebelum gerak ke Langkawi ni lagi member-member dah pesan coklat.
[ Student & Library tak dapat dipisahkan, konon... ]
Aku tak beli banyak sangat
cokolat, memadai untuk share dengan
kawan-kawan. Lagipun budget tak
banyak, maklumlah student lagi..hihi!
Tapi secara tak sengaja aku terbeli luggage
kecil sebab harga yang lebih murah berbanding kat tempat lain. Luggage kecik ni memang dalam list keperluan sebab aku ada 1 je luggage yang besar gedabak, aku pun muat
dalam luggage tu. Luggage besar tu plak aku beli time sale kat Giant sebab nak memudahkan aku sumbat semua barang dalam 1 bag semasa
pendaftaran kat UUM.
Dah settle membeli kami pun blah. Malam ni ada ceramah lagi, lepas
ceramah kita cari peluang untuk berjalan lagi ok! Tea time petang ni kiteorang tak nak terlepas sebab makan free kat hotel beb! Hihihi! Ceramah sesi
malam diadakan selepas Maghrib, dah habis ceramah tu naik bilik & solat
Isyak dulu then berkumpul kat depan
hotel sebab nak meeting pasal masa terluang
yang tak berapa nak panjang tu.
Disebabkan semua tak tahu nak
buat apa or lepak kat mana, kiteorang
berpecah kepada 2 kumpulan. Satu group
pegi makan seafood dekat jeti &
satu group yang aku join hanya habiskan masa bergambar kat
kawasan sekitar hotel & kebetulan depan sikit daripada hotel tu ada kawasan
taman, berposing jap dalam taman yang
samar-samar disinari cahaya lampu jalan…Ceh! Dah puas bersiar-siar tu
masing-masing balik tidur sebab esok pagi masih ada ceramah yang perlu dihadiri.
[ Nasib baik aku pakai sweater putih, aku & tiang tu dah macam sama je ]
Lepas Breakfast pagi tu kiteorang terus masuk dewan untuk ceramah sesi
ketiga. Hari ni merupakan ceramah yang terakhir, satu sesi pagi & satu sesi
malam. Lepas Asar berdesap-desup semua menghilangkan diri sebab nak kejar masa
untuk ke Pantai Chenang. Disebabkan ini je peluang yang ada untuk ke tempat
yang jauh daripada hotel, maka semua pun memanfaatkan masa yang ada.
Bagi memudahkan perjalanan,
kiteorang sewa kereta kat Pusat Informasi Pelancongan yang berdekatan dengan
hotel tu juga. Kat situ boleh dapatkan pelbagai maklumat mengenai tempat-tempat
menarik kat Langkawi, boleh dapatkan maps,
dll. Kiteorang sewa kereta Alza dengan kadar RM70 untuk penggunaan sehari, share seramai 8 orang so takda lah rasa mahal sangat. Bermula
lah perjalanan ke Pantai Chenang dengan hati yang digaru – garu dengan perasaan
happy serta tak sabar.
Sampai kat kawasan Chenang tu
tengok berderet kedai jual cenderamata, otak pun ligat fikir nak beli apa ye
sebagai kenangan. Perangai macam orang tak pernah jumpa pasir bila jejak kat
pantai..huhu! Masing-masing sibuk posing
lagi sebab nak mandi pun tak boleh kan. Dengan masa yang terhad, takda bawa
baju spare & cuaca yang semakin
kelam akibat mentari yang lari bersembunyi di kaki langit, maksud aku dah
petang sangat la. Dah puas bergambar, terkocoh-kocoh cari cenderamata plak.
Cenderamata bukan untuk orang lain tapi diri sendiri la, bukan kedekut tapi tak
cukup budget, tambahan pulak dah beli
cokolat untuk share dengan
kawan-kawan hostel.
[ Subhanallah, indahnya alam ciptaan ALLAH S.W.T ]
[ Terpaksa sengetkan kepala untuk tengok gambar ni, sorry naa ]
Nasib baik sempat sampai ke
hotel sebelum maghrib, lepas maghrib sambung sesi ceramah yang terakhir..yeah!
Lepas ceramah keluar lagi tapi kali ni kiteorang pergi ke tepi laut pulak. Kat
tepi laut tu hanya duduk bersantai sambil kunyah junkfood & mengambil angin laut di malam hari. Maklumlah, dah
lama tak rasa angin laut sebab hostel
kiteorang atas bukit. Atas bukit pun nyaman juga tapi ada feeling nyaman yang berbeza antara angin laut & angin bukit
hokeyy! Kalau korang tak dapat feeling
perbezaan tu takpa, biar aku feeling
sorang-sorang.
[ Gambaq blur pulak, santai tepi laut tapi macam santai tepi longkang..haha! ]
Malam tu semua tidur dengan
lena sebab esok pagi kena balik UUM. Lepas breakfast
aku & geng sempat ‘lari’ pegi HIG lagi, tapi kali ni lari dengan menaiki
kereta yang kiteorang sewa semalam. Tujuan ke HIG last minute ni sebab member
nak tambah stok cokolat masing-masing. Aku jadi pemerhati jelah sebab stok
cokolat yang aku beli dah cukup & takda barang lain lagi yang perlu dibeli. Ada juga member yang sempat beli T-shirt Langkawi. Luggage kecik yang aku beli masa 1st day kat sini sangat-sangat berguna sebab
bag yang kiteorang bawa dari UUM dah over
loaded, semua pakat-pakat sumbat cokolat dalam luggage aku…fine!
[ Wah! dah macam guna Qu Puteh plak, padahal cahaya mentari je lebih ]
Alhamdulillah, sampai kat
jeti takda member yang tertinggal kat HIG. Muka semua puas hati dapat borong
cokolat, dapat berjalan-jalan walaupun masa tak mengizinkan untuk jelajah satu
Langkawi, makan-minum semua free,
sewa bilik hotel pun free, tiket feri
& bas free, dapat ilmu free. Semoga pengalaman & ilmu yang
dicurahkan kat sini dapat dimanfaatkan oleh semua ahli kursus.
Kiteorang menaiki feri pada
pukul 11.00 am, sepanjang perjalanan balik ke Kuala Perlis ni ramai yang tidur
sebab penat dengan aktiviti ceramah & jalan-jalan yang perlu berdesap-desup
sebab kejar masa. Oh ya! Aku takda cerita pasal Helang kan? Sebab time nak
bergambaq kat Helang tu, kawasan tu kena renovate
pulak. Takda rezeki la nampaknya, padahal ini kali pertama tau aku datang sini.
[ Penceramah belum sampai boleh la posing dulu ]
Kenapa diorang mesti renovate
time aku datang..kenapa? kenapa? Takpa lah naa, janji Pantai Chenang telah ku
jejaki. Bila nak pergi ke Langkawi lagi tak tahu lah tapi memang berharap dapat
sampai lagi di bumi yang menyimpan kisah lagenda Mahsuri ini. Semoga bertemu lagi
Helang Langkawi.
