Thursday, 29 October 2015

Kembara si kasut kuning menaiki feri & cable train



                              [ Bukit Bendera @ dikenali juga sebagai Penang Hill ]

                             [ Antara tempat yang harus dilawati apabila ke Penang]

Kalau tak silap, ini adalah kali ketiga aku pergi ke Penang sepanjang aku hidup..hahaha! Kali pertama time aku baru daftar kat UUM dulu, kali kedua pulak time aku mengandungkan Umaira. Tapi kali kedua ke Penang tu aku hanya ke UMS je sebab masa tu ada Malam Citra Bayu & aku bersama team dari UUM. Kali ketiga ni pulak sebab dah alang-alang on the way balik ke KL selepas majlis konvo kat UUM, Kedah kita singgah la dulu naa.

Dari Keriang Hill kiteorang teruskan perjalanan ke Penang. Sebelum gerak ke Penang tu husband sempat calling member sekolah dia dulu, boleh bersiar-siar kat Penang sambil jumpa member lama. Sampai je kat Penang tu dalam jam 7 petang & kiteorang terus pergi ke rumah member husband yang terletak di Butterworth. Plan untuk malam tu haruslah pekena Char Kuey Teow & Mee Udang… Yummy! Aku & husband bedal sampai dua pinggan Char Kuey Teow setiap sorang..hahaha! Lapar benaww gayanya.

Malam tu masing-masing tidur awal. Satu sebab perut dah kenyang, kedua sebab badan dah penat dengan majlis konvo & perjalanan dari Kedah ke Penang yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kiteorang menumpang tidur kat rumah member husband ni sebab esoknya kiteorang nak melawat Bukit Bendera…Horeyy!

Awal-awal pagi lagi dah bersiap-siap sebab kesian kat tuan rumah, kiteorang datang ni hari orang bekerja so tuan rumah nak masuk office. Walaupun tuan rumah kata tak perlu rush sebab diorang masuk office lambat hari ni tapi sebagai tetamu kenalah faham situasi tuan rumah kan. Selepas breakfirst pagi tu, kiteorang terus gerak ke jeti sebab nak masuk pulau guna feri. Dua kali pegi Penang sebelum ni lalu jambatan je, so kali ni nak merasa pengalaman naik feri pulak sebab feri kat Penang & feri kat Langkawi tak sama. Kat Penang ni kiteorang bawa kereta sekali naik feri..ngeh..ngeh..ngeh!

Harga tiket feri kalau bawa kereta RM7.70, kena beratur la sebab time ni feri tak sampai lagi. Beratur tak lama pun, dalam 5-7 minit gitu feri dah sampai. Hubby pun drive through terus masuk dalam feri. Make sure semua driver pasang handbrake okeyy! Kereta dah park tu, boleh la keluar dari kereta atau tunggu je dalam kereta sampai feri tu sampai kat George Town.


                                                     [ Menikmati angin laut ]

Tempat pertama yang aku teringin sangat nak pergi adalah Bukit Bendera. Actually ada banyak tempat menarik kat Penang ni tapi memandangkan masa yang aku ada untuk berjalan ni tak lama so tak dapat la aku nak explore satu Penang ni. Maybe next time bila datang ke Penang lagi aku boleh lawat tempat lain pulak. Disebabkan kiteorang tak familiar dengan jalan kat Penang ni, nak memudahkan perjalanan kenalah guna waze. Kiteorang search Bukit Bendera tapi waze bawa kiteorang ke Taman Botani. Bila sampai tu confiused kejap then kiteorang tanya la pengunjung kat Taman Botani tu, rupanya Bukit Bendera yang kiteorang nak pegi tu kat side satu lagi tapi kena pergi ke Air Itam.

Tanpa perasaan hampa sebab sesat kiteorang ambil gambar dulu sebelum teruskan perjalanan ke Bukit Bendera yang sebenar. Walaupun sesat ke Taman Botani tapi dapat la juga tengok monyet yang nakal-nakal manja kat kawasan ni…hihihi! Kalau tak silap Taman Botani ni dekat dengan kawasan latihan menembak sebab sampai je kat Taman Botani dah dengar bunyi tembakan & ada ternampak signboard pasal tempat latihan menembak ni. Kat Taman Botani ni juga dipenuhi dengan mereka yang bawa family untuk bersantai & berjogging.

                              [ Umaira teruja tengok monyet, selalu tengok kat TV je ]


                      [ Bergambar kat Taman Botani sebelum gerak ke Bukit Bendera ]

Bila sampai kat kawasan Bukit Bendera, ada banyak bas-bas pelancong yang parking kat kawasan sekitar. Wah! Excitednya rasa, tapi nak naik ke Bukit bendera ni tak guna cable car macam kat Langkawi tapi guna train untuk naik ke puncak. Teruja tak? Ke aku je yang teruja dah ala-ala jakun aku ni..hahaha! Tiket dewasa RM10 seorang, anak aku yang belum cecah umur 3 tahun & baby tak dikenakan bayaran. Rasanya kanak-kanak 12 tahun keatas yang dikenakan bayaran tapi kadar bayaran berapa tak pasti pulak, lupa nak rujuk board harga..heee! Kalau nak untung berganda-ganda, datang sebelum jam 9 sebab kadar bayaran untuk seorang hanya RM3.

                   [ Ini lah Tren yang membawa penumpang ke atas - Sumber Google ]

Dari bawah hingga ke puncak mengambil masa dalam 3-5 minit untuk sampai. Satu train boleh memuatkan dalam 70 hingga 100 orang, bergantung kepada saiz badan penumpang satu-satu masa. Masa naik ke atas kiteorang dapat gerabak tengah & tak dapat tempat duduk sebab gerabak dah penuh. Disebabkan petugas yang ada akan mengira bilangan pengunjung yang akan menaiki train, so bila pengunjung dah cukup 70-100 orang petugas akan tutup gate bagi mengasingkan pengunjung yang akan menaiki train yang telah ada atau next train.

Sampai kat atas, pemandangan memang cantik & dapat tengok satu Penang, dah nama pun kat kawasan tanah tinggi so kat atas tu tak hairan lah jika suhunya sedikit sejuk. Landskap kat atas memang dijaga rapi, kalau rasa lapar tak perlu risau sebab kafe tersedia. Selain daripada dapat tengok pemandangan, kat atas juga ada muzium burung hantu tapi kiteorang tak masuk dalam tu. Selain itu, disediakan juga kereta golf & bugi golf untuk disewakan kepada pengunjung yang ingin bersiar-siar tanpa berjalan kaki.


                                       [ Suhu agak sejuk so Ammar pun lena jer ]


           [ Boleh nampak laluan tren kat bawah tu, abaikan budak yang ketawa tu ]

Mesti rakyat Malaysia sekarang dah familiar dengan Love Padlock yang popular kat korea tu kan. Kat Bukit Bendera ni pun dah ada tempat untuk Padlock ni, harga jual Padlock tu aku tak tanya sebab tak berminat..haha! Antara kemudahan penting yang ada kat atas ni adalah Surau. Kalau nak beli cenderahati macam keychain & magnet fridge kat atas ni ada juga tapi harga up sikit daripada beli kat bawah.


      [ Kat sini lah tempat Love Padlock, ada macam-macam jenis Padlock yang dijual ]


                         [ Bergambar dengan patung owl je di hadapan muzium owl ]


[ Gambar masa turun ke bawah, dapat gerabak paling depan... Yuhuu! Ni la kasut kuning aku, favourite shoes ]

Dah puas round-round kat atas & dah puas ambil gambar, apa lagi..balik la. Hari ni takda budget untuk tidur kat mana-mana hotel, so memang terus gerak balik ke KL. Turun dari Bukit Bendera tu kiteorang plan nak lepak-lepak ke Feringgi pulak. Kat Feringgi tak banyak aktiviti yang kiteorang buat selain daripada beli Jeruk Pak Ali, lunch & bersantai di pantai. Lagipun, banyak masa memang dah banyak dihabiskan kat Bukit Bendera, ini pun dah lewat untuk Lunch. Walaupun kat Bukit Bendera ada kafe tapi harga semestinya lebih daripada biasa..hehehe!

Solat asar & maghrib sempat dilaksanakan di Feringgi, time drive balik KL tu langit dah gelap. Ikutkan aku nak balik tu naik Feri lagi tapi husband & mak aku nak lalu Jambatan. Lagipun kalau drive keluar dari Pulau Pinang ni dah tak dikenakan tol sebab tol dikenakan kat laluan masuk je. Tapi kiteorang ikut jambatan yang pertama sebab dah malas nak search Jambatan kedua tu kat mana. Badan pun dah penat dengan perjalanan sepanjang di Kedah & Penang.


                                     [ Feringgi, santai-santai di waktu petang ]

Sepanjang perjalanan balik tu kiteorang hanya singgah sekali je kat RnR Tapah, sekadar untuk Dinner & berehat sebelum kembali drive. Walaupun penat tapi rasa happy & puas sebab budget yang aku sedia untuk sepanjang perjalanan dari KL – Kedah – Penang – KL tak burst dan cukup untuk menampung semua perbelanjaan seperti tol, minyak kereta, tiket feri, makan minum, sewa motel, belanja seperti baju & lain-lain perbelanjaan kecil macam roti & minuman semasa dalam kereta. Semoga berjumpa lagi negeri Penang & Kedah. Bye!

Post Ads (Documentation Required)

Aurora

Aurora bukan lorem ipsum

Like us on Facebook

Popular Post