Selamat hari raya aidilfitri uols! Dapat banyak
duit raya tak? Aku yang dah tua bangka ni dah takde yang nak menghulur duit
raya..huwaa! Penghujung raya tahun ni aku & family berpeluang untuk tidur semalam kat homestay yang dikelilingi sawah padi. Cer teka, cer teka… Kedah?
Perlis? Hik..hik..hik… Actually dalam
Selangor je. Percutian di penghujung raya ni takda lah dirancang sejak awal
tahun, tapi disebabkan sebelum masuk Ramadhan hari tu kiteorang berpeluang untuk
ambil anak angkat Jepun.
Dah nama pun Jepun, negara yang maju &
berteknologi tinggi… of course la
kawasan kampung adalah tempat yang sesuai untuk kiteorang bawa anak ni
berjalan-jalan & menikmati suasana yang berbeza dari negara asalnya.
Lagipun, kiteorang dimaklumkan anak-anak Jepun yang akan jadi anak angkat
kiteorang ni menetap di Chiba, Jepun… Antara wilayah yang pesat membangun. Agak
excited percutian kali ini sebab
selain daripada nak bawa anak Jepun ni menikmati keindahan kampung di Malaysia,
sebenarnya aku pun teruja sebab 1st
time hokeyy nak stay kat homestay yang dekat sangat dengan sawah
padi…hihihi…
Entry ni aku tak nak cerita banyak pasal anak angkat Jepun aku iaitu Amane
Yamada, aku nak fokuskan cerita pasal homestay
kat sawah padi ni. Bila aku cakap sawah padi ni kat Selangor je, mesti dah
ramai yang dapat agak kat mana kan? Ke korang pun tak tahu? Tak pe, aku tulis
ni special untuk mereka yang dah tahu
& belum tahu.
Aku stay kat homestay Air Manis kat Sungai Besar, asalnya aku nak stay kat homestay Hj. Dorani tapi tarikh yang aku nak tu homestay dah full. Homestay Air Manis
& Homestay Hj. Dorani ni
dekat-dekat je, kalau tak silap aku homestay
Hj. Dorani ni ada yang terletak di tengah Sawah & ada yang di tepi laut,
pilihan di tangan anda.
Awal-awal pagi lagi kiteorang dah bersiap-siap,
dalam jam 9 selepas sarapan tu kiteorang terus gerak ke Sungai Besar. Sepanjang
perjalanan takde cerita menarik yang aku boleh kongsikan di sini tapi bila dah
sampai kat Bandar Kuala Selangor tu, mesti lah nak singgah kat Cendol Borhan.
Aku perasan ada banyak gerai cendol kat tepi jalan & antara yang famous ialah cendol bakar, tapi Cendol
Borhan tetap menjadi pilihan hatiku. Mungkin ada yang pernah cuba Cendol Borhan
ni kat cawangan lain macam kat Dengkil tapi aku rasa taste tu lain sikit, kat sini Kuala Selangor ni kira HQ Cendol
Borhan.
[ Amane merasai keenakan cendol Borhan &
laksa ]
Selepas mengisi perut kat Cendol Borhan,
kiteorang terus gerak ke Homestay
Sungai Manis. Masuk je kat kawasan kampung yang dikelilingi sawah padi, bukan
saja Amane, aku & husband pun terpesona dengan pemandangan sawah padi yang
luas terbentang. Aku dah tak tanya Amane apa yang dia rasa, suka atau tak, surprise
atau tak sebab aku betul-betul nak menikmati kedamaian & ketenangan suasana
jelapang padi…hahaha…
[ Ini lah
homestay tempat kiteorang tidur ]
Homestay ni kecik je tapi Alhamdulillah selesa sangat. Nak tidur kat bawah
boleh, nak tidur kat atas pun boleh. Kat tingkat bawah dilengkapi dengan katil,
kat tingkat atas pulak disediakan toto. Kiteorang memilih untuk tidur kat
tingkat atas & Amane kat bawah sebab nak bagi dia rasa lebih selesa &
tingkat bawah tu ada aircond, kat
atas pulak ada kipas je. Family yang
ada anak kecik, jangan risau kalau nak air panas untuk buat susu sebab ada
disediakan heater.
[ Ini
lah pemandangan dari bilik tingkat atas ]
Sampai je kat homestay, masing-masing melepaskan lelah perjalanan. Agak jauh
terasa perjalanan kali ini, cuaca pun agak terik. Sambil duduk di beranda &
menikmati buah-buahan yang kami bawa dari rumah, tiupan angin sepoi-sepoi
bahasa tu dapat la juga mengurangkan kehangatan mentari. Chewah! Lagipun,
sambil menikmati pemandangan di beranda tu, telinga kiteorang ni didendangkan
dengan lagu-lagu yang berkumandang dari rumah jiran sebab kebetulan hari tu ada
kenduri kahwin. Sebelum majlis kahwin tu berakhir, aku sempat bawa Amane ke
majlis tu untuk melihat kemeriahan kenduri kahwin orang melayu kat Malaysia ni.
[ Umaira
& Amane bergambar di hadapan sebuah homestay ]
Petang tu Amane ada buat surprise untuk kiteorang, apa surprisenya
korang kena lah baca kat entry
tentang Amane..hehehe! Selepas surprise
yang Amane buat untuk kiteorang tu settle,
cuaca pun dah redup-redup gitu, kiteorang keluar untuk ambil gambar &
tunjuk lebih dekat kat Amane sawah padi yang sebelum ni tengok dari dalam
kereta & dari homestay je.
Memandangkan semasa surprisekan kiteorang tadi Amane siap2 pakai Yukata, so, petang tu
kiteorang suruh je dia berjalan-jalan kat kawasan kampung tu dengan
sepersalinan Yukata tu..hihihi… Semasa ambil gambar kat tepi bendang tu, ada la
sesetengah budak-budak kampung yang lalu naik motor terperasan Amane yang guna
Yukata & diorang pun akan jerit ‘Aneyong
haseyo’…hahaha! Itu korea daa…
[ Padi
dah kena tuai la ]
[ Nampak hijau je kan ]
Pada malam hari pulak, tak banyak aktiviti yang
kiteorang lakukan. Actually, korang
boleh buat bbq di malam hari tapi
memandangkan kiteorang memang takda plan
langsung untuk bbq, so bahan-bahan tu
memang takde sedia. Tapi, untuk mereka yang bercadang untuk berehat & jauh
dari kesibukan kota, kat sini memang sunyi bila malam. Amane pulak nampak penat
& perlu tidur awal sebab sepanjang dia & kawan-kawan tiba di Malaysia
ni, mereka harus ikut jadual yang dah disediakan oleh pihak penganjur,
kiteorang pun suruh dia berehat sebab esok hari kiteorang dah kena hantar dia
kepada pihak penganjur.
Actually kan, tempat ni dah dekat dengan Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Tapi,
Amane & rakan-rakan dah dibawa untuk melihat kelip-kelip oleh pihak
penganjur pada hari ketiga diorang sampai kat Malaysia. Aku pulak habiskan masa
malam tu dengan berborak pelbagai isu dengan suami kat beranda tingkat atas.
Anak-anak pun tidur awal, selalu bila kat rumah lambat je diorang tidur. Macam
yang aku cakap tadi, kat sini suasananya sunyi, agaknya tu yang anak-anak pun
mengantuk lebih awal daripada biasa.
Menginjak ke tengah malam tu, hujan
renyai-renyai then lebat. Aku & husband pun masuk tidur lah sebab boleh
basah kuyup kiteorang kat beranda tu. Bila dah hujan tu, sejukkkk kau! Aircond & kipas kiteorang off & berselimut tebal. Ni antara
nikmat yang aku sangat-sangat suka. Memang lah sejuk tapi nikmat juga tu sebab
kalau kat rumah aku yang dikelilingi bangunan tu kan, kalau hujan lebat pun takde
lah rasa sejuk pun, hujan-hujan pun kena on
kipas juga…hihihi...
Bila dapat menikmati ketenangan kat kawasan
kampung yang dikelilingi sawah padi, ditambah pula dengan nikmat kedinginan
malam yang tak dapat dinikmati kalau tidur kat rumah, memang lena lah aku
tidur…keh! Keh! Keh! Anak-anak yang memang tak suka pakai selimut walaupun
hujan, malam tu diorang tak sedar pun bila aku bentangkan selimut.
Bila subuh menjelma, kiteorang pun bersiap-siap
untuk kembali ke pangkal jalan..haha! On the way balik tu, aku ada juga plan untuk singgah kat Bukit Melawati
tapi masa tak mengizinkan. Aku hanya sempat tapau cendol bakar je sebab tak
tahu bila lagi dapat merasa cendol bakar ori
from Kuala Selangor. Oh ya, dah alang-alang sampai kat Sungai Besar ni, sebelum
balik tu kami singgah kat gerai yang jual kerepek. Ada macam-macam aneka
kerepek yang boleh dibeli kat sini & aku beli banyak-banyak pun untuk Amane
bawa balik ke Jepun. Tapi aku lupa plak nak ambil gambar sebab sibuk pilihkan
kerepek untuk Amane..heee…
[ Rumah terbuka untuk anak-anak Jepun ]
Esok pagi Amane akan kembali ke Jepun, so,
kiteorang kena hantar Amane kepada pihak penganjur hari ini. Apapun, rasa
seronok sangat dapat bawa family
& Amane bersantai di tengah jelapang padi walaupun dapat tidur semalam je.
Harap dapat luangkan masa bersama family
kat tempat lain pulak. Oh ya! Ini merupakan percutian kedua untuk tahun 2015,
tunggu ye saya update lagi kalau
berpeluang berjalan-jalan lagi, yeehak!
Alamak! Serius lupa nak bagi tahu harga homestay tu..hihihi, maaf ye. Satu malam
saya tidur kat homestay tu charge RM150. Kalau nak booking boleh hubungi 03-3216 1696 /
016-689 5763, Encik Subani. Lagi satu, on
the way kiteorang nak pegi sana tu, kiteorang hampir tersalah homestay sebab
bila search homestay sungai besar kat
google maps atau waze, akan keluar homestay
air manis yang lain & lebih jauh. So, sebagai langkah selamat minta owner homestay untuk share location sebelum gerak.






