Bukan xde langsung perancangan yang tersedia dalam kepala ne, tapi aku malas nak kecoh kat orang bila orang dok tanya aku nak buat apa lepas ne, aku nak keje ape, keje kat mana.. Dulu2 tu memang semangat nak mencari keje selepas habis belajar, yer la, sape x nak cari duit kan... tym2 ne la nak beli kereta, rumah, bagi duit kat mak ayah n macam2 la yang nak disapu kat kedai...
Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya, x sangka plak jodoh aku lebih awal daripada yang aku rancangkan... Kiranya macam rezeki berganda la sebab dapat tawaran U & dapat pinangan daripada seorang jejaka...kehkehkeh..!!! Nak kata aku x menikmati zaman kat U sebab dan kahwen xde la plak, aku rasa ok je la kawen awal...
Bila da kawen awal & jadi ibu di usia muda ne, matlamat hidup aku pon dah berubah... dulu beria sangat nak cari keje, da ada anak ne aku nak utamakan anak & suami pulak. So, dalam meniti penghujung waktu praktikal ne, aku berharap kawan2 aku yang sedang berusaha mencari keje 2 dapatlah mencapai matlamat mereka dan berjaya dalam karier masing2... aku pon berharap agar segala yang aku rancang dapat aku laksanakan selepas tamatnya praktikal ini...